Wednesday, September 8, 2010

Pengangkutan Bas Awam

Maksud        

          Pengangkutan bas awam merupakan kaedah pengangkutan awam yang utama khususnya di Kuala Lumpur, sebelum wujudnya pengangkutan transit aliran ringan (LRT). Perkhidmatan bas henti-henti (stage carriage buses) pertama kali diperkenalkan dan dioperasikan oleh 8 buah syarikat swasta. Bas mini kemudian diperkenalkan pada tahun 1975, sebahagian daripada program “Second KL Urban Transport”. Sistem ini menawarkanperkhidmatan yang lebih berkualiti dan teratur untuk menarik pengguna kereta menggunakan pengangkutan awam. Bas mini telah diusahakan secara individu oleh para usahawan. Bagi meningkatkan kecekapan operasi, satu penggabungan 8 pengendali bas kepada dua atau tiga pihak syarikat dilaksanakan. Pada tahun 1993, Diversified Resource Bhd (DRB) yang merupakan syarikat awam diberi kelulusan mengelolakan perkhidmatan bas di Kuala Lumpur.


         DRB menjemput pengendali syarikat lain untuk dicantumkan dengan anak syarikatnya, Intrakota Consolidated Sdn. Bhd. Syarikat yang bergabung adalah Toong Fong Omnibus Co. Sdn. Bhd., SJ Kenderaan Sdn. Bhd., SJ BinaTeknik Sdn. Bhd. Dan Syarikat Pengangkutan Malaysia Sdn. Bhd. Intrakota memulakan perkhidmatan pada Julai 1994 dengan bus Midi yang dikenali sebagai ‘Pekan Rider’. Sejenis bas baru dengan 50 29-tempat duduk bas bandar diperkenalkan sebagai fasa langkah keluar untuk bas mini 25 tempat duduk yang sedia ada.

         Bas baru dengan ruang berdiri untuk 13 penumpang disediakan oleh DRB diperkenalkan secara berperingkat sehingga tahun 1997. Ia dikendali oleh seorang pemandu dengan satu sistem tiket automatik. Intrakota juga telah memperkenalkan sebuah bas ‘Maxi’ pada Disember 1994 yang boleh memuatkan sehingga 115 penumpang. Pada tahun 1994, kerajaan telah membuat keputusan menjadikan Intrakota sebagai satu-satunya penyedia perkhidmatan bas di Kuala Lumpur.

          Pada masa kini, pengendali bas Rapid-KL telah mengambil alih perkhidmatan bas awam, dengan mengambil alih 44 peratus dari perkhidmatan awam di Lembah Klang. Pengendali bas Rapid telah ditubuhkan bertujuan memperbaiki sistem pengangkutan awam di Lembah Klang dan Pulau Pinang.


Masalah

            Masalah utama yang dihadapi oleh sistem pengangkutan darat awam adalah masalah sistem lalu lintas dan kesesakan. Kuala Lumpur terutamanya merupakan pusat tumpuan aliran pengangkutan darat dari merata tempat. Bilangan kenderaan pula semakin bertambah menyebabkan masalah kesesakan semakin meruncing. Ramai pengguna tidak lagi berminat untuk menggunakan perkhidmatan bas dengan mengambil alternatif lain seperti menggunakan perkhidmtan rel atau kenderaan sendiri.


Penyelesaian

              Kerjaan terus menggalakkan lebih ramai warga menggunakan pengangkutan awam dalam konteks meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup. Oleh itu, sebanyak 35 Bilion ringgit diperuntukkan oleh kerajaan dalam tempoh 2009 hingga 2014 untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam supaya lebih efisyen dan bersepadu, bagi menyediakan kemudahan perjalanan yang lancar serta meningkatkan kekerapan perkhidmatan. Bilangan bas akan ditambah dan infrastruktur yang berkaitan akan disediakan.

              Kerajaan telah pun meningkatkan kuota subsidi diesel bagi pengangkutan awam untuk mengurangkan kos opearsi pengusaha pengangkutan. Jaringan perkhidmatan awam pula disasar untuk lebih luas serta efisyen, selamat dan bermutu tinggi, di kawasan bndar dan luar Bandar.

             Penggunaan ICT akan diterapkan secara menyeluruh bagi memantapkan lagi aliran lalu lintas dan pengangkutan. Ia termasuk penggunaan ICT dalam penyediaan perkhidmatan perkhidmatan “navigator” dan “tracking” bagi lebih ramai pemandu individu dan pengusaha kenderaan awam. ICT juga perlu diguna pakai untuk mengumpul semua maklumat yang releven berkaitan trend dan corak pengangkutan dan trafik seperti maklumat tentang bilangan kenderaan yang menuju sesuatu tempat, punca kesesakan dan nisbah bilangan tempat letak kereta.

No comments:

Post a Comment