Saturday, September 25, 2010

Kata-kata Aluan

                                                           Dewa - Dewi
                                            
                                                 Dewa ini mendewakan Dewa
                                                 Dalam doa demi
                                                 Dewa - Dewa
                                                 Dan
                                                 Dewa - Dewi
                                                 Dinihari dapat dikari
                                                 Dalam dewasakan diri...

Wednesday, September 8, 2010

PENGANGKUTAN

Definisi pengangkutan
      Pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke tempat yang lain,biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki.Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada  cara ia bergerak,kuasa dan lain-lain.Antara pembahagian yang biasa adalah seperti pengangkutan darat,pengangkutan udara dan pengangkutan laut.

Jenis pengankutan
       - pengangkutan manusia iaitu umum dan individu.
       -pengangkutan kargo.

Peranan pengangkutan
       Mengelakkan lebihan dan kurangan barang di pasaran.Pengangkutan memudahkan pemindahan barang dari tempat yang mengalami lebihan ke tampat yang mengalami kekurangan supaya penawaran dan permintaan dapat diselaraskan.
       Selain itu,meluaskan pasaran dan menggalakkan perniagaan antarabangsa.Pengangkutan membantu meluaskan pasarankerana dapat mengagihkan barang ke merata tempat dan dapat meningkatkan keuntungan.Perniagaan import dan eksport dapat dijalankan dengan licin dengan adanya sistem pengankutan yang moden dan canggih.  

Institut Latihan Pentadbiran dan Pengurusan Pengangkutan Laut(ILPPPL)

PENGENALAN INSTITUT LATIHAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENGANGKUTAN LAUT ( ILPPPL)

                      Institut Latihan Pentadbiran Dan Pengurusan Pengangkutan Laut (ILPPPL), Jabatan Laut Malaysia telah ditubuhkan untuk menjalankan dan menguruskan latihan berkenaan dengan pengurusan dan pengangkutan laut. ILPPPL yang terletak di Pulau Indah telah dirasmikan pada 22 Jun 2009. Di bawah organisasi institut ini terdapat 3 unit iaitu Unit Khidmat Pengurusan, Unit Pembangunan Latihan dan Unit Penyelidikan dan Pembangunan dengan 36 perjawatan. Matlamat ILPPPL adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam pengajian pengangkutan laut. Pada mesyuarat “Maritime Transportation Working Group” (MTWG) yang telah diadakan pada 29-30 Mei 2007 di Singapura, mesyuarat telah memutuskan bahawa ILPPPL diiktiraf sebagai “Regional Training Centre” di peringkat ASEAN.

VISI

Menjadi Pusat Kecemerlangan dalam latihan dan kajian ilmu pengangkutan laut.

MISI
Menyediakan latihan yang berkualiti yang menyokong usaha-usaha ke arah perkapalan yang selamat dan perlindungan alam sekitar marin.

OBJEKTIF

1. Melahirkan pekerja yang berpengetahuan
2. Menjalankan kursus-kursus kelautan dan latihan pelaut
3. Menjalankan pengajian dalam bidang pengangkutan laut

ORGANISASI


UNIT KHIDMAT PENGURUSAN
Fungsi Utama:
1. Pengurusan sumber manusia.
2. Pengurusan fail dan dokumen.
3. Pengurusan asset dan kewangan.
4. Pengurusan Komunikasi dan Teknologi Maklumat.
5. Pengurusan dan penyelenggaraan kemudahan.
6. Pengurusan perpustakaan.

UNIT PEMBANGUNAN LATIHAN
Fungsi Utama:
1. Perancangan kursus dan latihan.
2. Pengurusan dan pengendalian kursus & latihan.
3. Pengurusan pusat simulator.

UNIT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Fungsi Utama:
1. Penyelidikan dan pembangunan kursus dan latihan.
2. Menjalankan pengajian dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan pengangkutan laut.

PERKHIDMATAN

JENIS LATIHAN YANG DIKENDALI
Latihan Kemajuan Kerjaya
Latihan Kompetensi Pelayaran
Latihan Kemahiran (On-job training)
Kursus-kursus Keselamatan Kapal
Latihan Komunikasi dan Teknologi Maklumat
Latihan Pembangunan Diri

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI ILPPPL
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Institut Latihan Pentadbiran Dan Pengurusan Pengangkutan Laut (ILPPPL)
Persiaran Nakhoda KS/11, Pulau Indah
42920 Pelabuhan Klang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 3326 5555
Faks : 03 3101 3085
Email : ilpppl@marine.gov.my


 
               

TABUNG PEMBANGUNAN PENGANGKUTAN AWAM (TPPA)

Definisi TPPA
      TPPA merupakan dana khusus pembiayaan pinjaman kepada pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam bas dan teksi yang dilesenkan di bawah Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) bagi tujuan pembelian kenderaan dan peningkatan kualiti perkhidmatan. Ia meliputi pengusaha individu dan syarikat/koperasi/firma.

Objektif Program
       Objektif program ini adalah untuk menyediakan satu kemudahan pembiayaan khusus kepada pengusaha-pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam bas komersil dan teksi di seluruh Malaysia dengan syarat-syarat yang lebih fleksibel dan kadar bayaran balik yang kompetitif.
       Justeru,menggalakkan pertumbuhan ekonomi di dalam industri kenderaan pengangkutan awam dan perusahaan yang berkaitan dengannya di samping menyumbang ke atas pembangunan sosio-ekonomi negara dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam negara.
       Selain itu, membantu usahawan perkhidmatan pengangkutan awam bas dan teksi mengingkatkan daya saing dan kualiti perkhidmatan yang tinggi.

Isu Pengangkutan Awam

        Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.

        Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.

         Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.

         Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.

         Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.

         Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk diselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini.

PERANCANGAN PENGANGKUTAN BANDAR

           Kursus ini meliputi mengenai kaedah-kaedah dan aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam perancangan pengangkutan bandar seperti proses yang terlibat, odit keadaan semasa, pernyataan masalah, plan tindakan, plan jangka panjang, jenis-jenis perjalanan, sistem transit (MRT, LRT, Komuter), perkhidmatan bas, guna tanah dan permintaan pengangkutan, ramalan permintaan pengangkutan, penjanaan perjalanan, pengagihan perjalanan, pisah ragaman dan umpukan perjalanan, penggubalan dasar pengangkutan, sekatan penggunaan perjalanan, lampu isyarat bersepadu dan pintar, ciri-ciri struktur bandar, analisis kesan pembangunan kepada lalu lintas, penilaian pelaburan dan kewangan, keselamatan jalan raya, kesan alam sekitar, penenangan lalu lintas, sistem pengangkutan pintar.

Pengangkutan Rel Di Malaysia

        Pengangkutan rel di Malaysia ialah satu daripada aspek utama bagi rangkaian pengangkutan Malaysia.Pengangkutan rel bermula pada tahun 1885 dengan pembukaan aliran keretapi yang pertama di antara Taiping dengan Port Weld (sekarang Kuala Sepetang).[1] Kini, pengangkutan rel ini yang terdiri daripada rel berat (termasuklah rel kelajuan tinggi), transit aliran ringan (LRT), monorail dan aliran landasan funicular. Rel berat yang sebanyaknya digunakan untuk pengangkutan penumpang antarabandar dan muatan dan pengangkutan awam, manakala LRT digunakan untuk pengangkutan dalam bandar dan penggunaan khas seperti pengangkutan di antara bangunan lapangan terbang. Terdapat aliran landasan kelajuan tinggi dengan dua perkhidmatan tren kelajuan tinggi di antara Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Satu aliran monorail juga digunakan untuk pengangkutan awam di Kuala Lumpur manakala aliran landasan funicular adalah di Penang.

         Rangkaian landasan keretapi meliputi semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Negeri Terengganu. Bagi Negeri Melaka landasan keretapi memasuki sejauh 32 kilometer di bahagian utara negeri ini dalam daerah Alor Gajah dan Jasin. Antara stesen yang terdapat dalam Negeri Melaka ialah Batang Melaka, Tebong dan Pulau Sebang/Tampin. Ada perancangan dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk memanjangkan lagi landasan keretapi dari Pulau Sebang/Tampin hingga ke Bandaraya Melaka sejauh 30 kilometer dengan menggunakan bekas landasan keretapi yang telah dibongkar ketika pendudukan Jepun.Di Malaysia Timur, negeri Sabah mempunyai landasan keretapi manakala di Sarawak tiada landasan keretapi. Singapura, walaupun bukan bahagian Malaysia, yang diliputi oleh rangkaian landasan keretapi Malaysia.